OuR BIG dAY

Daisypath Wedding tickers
Showing posts with label Nangis2 tau tulis entry nih..sedihhh... ;(. Show all posts
Showing posts with label Nangis2 tau tulis entry nih..sedihhh... ;(. Show all posts

Thursday, September 20, 2012

Dugaan seorang PEREMPUAN!!!

We cant predict what will happen in the future, ya memang betul..kita tak dapat jangka apa akan terjadi pada masa hadapan...

Dan kita juga tak dapat menjangka apa yang akan terjadi dalam perkahwinan yang akan di bina ataupun yang kita sudah bina pasa masa hadapan...

Dugaan dalam percintaan tak akan sama dengan dugaan dalam perkahwinan..Semuanya bukan hanya berkait rapat dengan kita sahaja, tetapi melibatkan family kedua2 belah pihak juga...

Dan MUNGKIN dugaan yang paling besar dalam sebuah perhubungan perkahwinan adalah apabila di madukan..saya ulang lagi di sini, MUNGKIN ya bagi sesetangah orang dan MUNGKIN tidak bagi orang lain..

Sedangkan dalam percintaan apabila di curangi kita memang rasa semuanya hilang begitu sahaja, inikan pula jika di madu dalam sebuah perkahwinan...masyaallah, besarnya dugaan bagi mereka..mungkin ada segelintirnya merasa manis apabila dimadukan dan kemungkinan LEBIH BANYAK MERASA DERITA..

Sanggupkah diri ini berkongsi kasih suami bersama wanita lain???

Allahuakbar, bukan diri ini menyangkal suruhanmu ya Allah, tetapi diri ini belum cukup kuat untuk menghadapi semua itu..dan jika engkau uji juga aku dengan ujian Mu ini Ya Allah, aku redha, mungkin engkau lebih tahu apa yang terbaik untuk hambamu ini, kerana engkau maha mengetahui...

Dan jika si dia bakal suamiku dan sudah menjadi suamiku pada masa akan datang membuat keputusan untuk BERKAHWIN LAGI pada masa akan datang, diri ini lebih rela di lepaskan SECARA BAIK..dan insyallah bila tiba waktu itu, diri ini sudah cukup mampu dan kuat untuk hidup berdikari tanpa seorang insan bergelar suami di sisi..

Mungkin ada di antara kaum hawa yang merelakan dimadukan dan itu mungkin bukan aku...insyallah

Mungkin ada di antara kaum hawa rela berkongsi kasih dan itu mungkin bukan aku...insyaallah..

Dan apa yang saya percaya, tak ada perempuan yang membayangkan dirinya di madukan apabila dah berkahwin kelak, apa yang setiap wanita inginkan ialah di cintai sepenuh hati, di sayangi dan di kasihi oleh suaminya dan cinta suaminya hanya untuk dia seorang bukan untuk dikongsikan..

Diri ini juga begitu, menginginkan bakal suami kelak mencintai, menyanangi dan mangasihi diri ini sepenuh hati..
Menginginkan mempunyai keluarga bahagia bersama suami tercinta dan tanpa ada kemunculan insan2 lain..dan itu lah yang setiap perempuan inginkan..

Bohonglah jika seorang perempuan tidak ada langsung perasaan cemburu, dan begitu juga diri ini..

Dan jika Allah tetap mahu menguji ku dengan dugaan ini, aku berdoa apabila sampai waktu itu, aku akan cukup kuat untuk menghadapinya...

Ya Allah, jangan engkau uji hambamu ini lebih dari kemampuannya Ya Allah dan jauhkanlah hambamu ini dari segala dugaan yang diluar batasannya Ya Allah... Dan semoga aku cukup kuat untuk menghadapi ujian mu...AMIN

Dan apa yang diri ini percaya ialah

IF YOU FALL IN LOVE FOR THE SECOND TIME WITH THE DIFFERENT PERSON, YOU BETTER CHOOSE THE SECOND ONE, BECAUSE IF YOU REALLY LOVE THE FIRST ONE, YOU WOULD NEVER FALL IN LOVE AGAIN

Dan yang pasti diri ini akan mencuba untuk hidup berdikari sendiri apabila suami membuat keputusan untuk memadu kasih...insyaallah..