Thursday, August 30, 2012
Genap 3 BULAN Lagi!!!
Nak jadi SUPER SONIC supaya boleh siapakan persiapan cepat2...
Good Luck Icka... =>
Wednesday, August 29, 2012
1 Year 3 Months
29 MEI 2011 - 29 OGOS 2012
CINTA MR OSMAN ZAINI SAMPAI SYURGA....
Tuesday, August 28, 2012
Jom Sama-sama Nangis!!
Naik 4 kg okayyyyyyy....
Sekian Terima Kasih
Bye, chow cincau....
Sunday, August 19, 2012
SeLamat HaRi RaYa AiDilFitri...
Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin kepada semua rakan-rakan blogger dan silent readers (ada ke silent readers, perasan kan kan) hahaha...
Maaf jika terkasar bahasa, tersentuh hati dan banyak lagi Ter lah..
Semoga Syawal tahun ini membawa seribu keberkatan kepada kita...Aminn..
P/s : Last year raya as a SINGLE LADY, tahun depan dah pegang title ISTERI SI DIA...ekekekeke...
Friday, August 17, 2012
Nak Cantik Tak??
Sapalah yang Tak nak Cantik,ye dak??hahaha....
Ok, disini hari ini, Icka nak bagi tips sikit kepada Semua yang mengalami masalah BLACKHEADS or Lebih dikenali sebagai BINTIK-BINTIK HITAM YANG KEJAMMMM...memang kejam tau, siapa suruh tumbuh kat muka kita kan kan??
Ok, bagaimana caranya untuk menghilangkan blackheads...
1) Ambil Tisu dan potong segi empat kecil. Sekurang-kurangnya 2 helai tisu.
2) Bukakan lapisan tisu supaya menjadi nipis, kan biasa tisu ada 2 lapisan, so ceraikan lapisan tersebut.
3) Ambik sebiji telur dan asingkan Putih telur dengan kuning telur. yang kita gunakan adalah Putih telur k..
4) Kemudian sapukan putih telur itu ke muka kita dan tempekkan dengan tisu tadi, kalau bahagian yang banyak blackheads letak tebal2 k..
5) Selepas itu, tunggu sampai kering baru tanggalkan dari muka
Kesannya boleh dilihat kat tisu yang kita tanggalkan tadi,muka pun rasa licin tau...hehehe
Tuesday, August 14, 2012
Berat badan Tak Mo Turun...huarghhh....
Tak sabaq tau nak buat entry how I lost my weight, kan dah janji kat sekalian alam kalau I lost 15kg I akan buat entry tu...
Sorry ya semuanya, belum tercapai hasrat nih...hihihi
Frust nih....ok byeeee...
Monday, August 6, 2012
IFTAR at BCCK (^_^)
BEWARE - Entry yang panjang(belum cukup panjang ya) yang boleh membuatkan anda tertidur sambil bermimpi dah bukak puasa jap lagi...hehe
Okay, before that BCCK is stand for BORNEO CONVENTION CENTRE KUCHING...
For this year, BCCK menawarkan Ramadhan Buffet for RM72nett, but last year it is only RM65nett, so nampak tak uollsss yang sekarang semua naik harga kan kan...nampak sangat kuasa membeli kita dah makin kurenggg..huhu...
For kids murah sikit lah berbanding kat tempat lain saya rasa, only RM28nett..berbaloi lah sebab memang pon bebudak nih makan nya ciput cipit je kan kan..
So me, mr tunang, my abah, my mak and my lil sis yang Iftar bersama, semua puji makanan kat situ AWESOME...Heee...
Nak komen sikit,
1) Variaty of foods - memang banyak sangggaaatttt choice for me lah, ada mi kolok(makanan org srwk), ada ABC, ada roasted lamb, dan yg best is Sharwama...nyumnyemmm...so maksud di sini, pilihan makanan memang banyak, hanya tunggu kita nak pilih je apa nak makan..heee...dan kegilaan saya tyme gi buffet ni adalah chocolate fountain, yummmymummyyy...berkali2 pergi kat situ untuk buat coklat terjun tuuu...(sekarang dah terbayang balik dah, nak lagi...huhu)
2) Environment - Suasana memang best..apa yang best nya dia orang guna big hall so tempatnya memang luas lagi besar, walaupun ramai yang datang, memang tak sempit...and one more thing, stalls semua diaorang buat duplicate, so senang kot nak ambik, takyah nak berebut-rebut kang main tarik rambut pulakkk..ekekekeke...
3) Service - Service pun okay kat sini, waiter and waitress termasuk sekali yang buat air, yang jadi penunggu setia kat main entrence, yang cuci pinggan dan yang banyak lagilah(ramai kot pekerja kat situ) memang friendly sangat,service yang cekap, tangkas dan sentiasa tersenyum..heee..thank you ya semua-muanya atas kerja keras anda...
Dan KESIMPULANNYA, memang bessssstttt kalau bawak family makan kat sine, di galakkan lah ye, bukan tiap2 hari pon, sekali sekala dua kali dua kala je..hikhikhik...
Okay, jamulah mata anda ye...
p/s : Sila ambik tisu untuk lap air liur yang meleleh tu...haaa....
Wednesday, August 1, 2012
Nak Minta Pendapat o_O
Wahai rakan2 blogger yg bride ro be mahupun yang ex bride to be mahupun silent readers mahupun sesiapa sahaja yang sudi berkongsi pendapat...
Nak tanye nih,
1) Software apa ye yang sesuai untuk blogger yang menggunakan android untuk berblogging??
2) Kat mane nak download, kat play store ada ke?
3) Ada tak software yang best untuk berblogging yang takde masalah bila nak upload gambar sekali?
Jasa-jasa dan perkongsian ilmu anda amatlah di hargai dan di dahului dengan ucapan TERIMA KASIH BEBANYAK...amal kebajikan bulan puasa..heheh..*dah mcm org buat teks ucapan lak*ekekeke...