OuR BIG dAY

Daisypath Wedding tickers

Thursday, September 20, 2012

Dugaan seorang PEREMPUAN!!!

We cant predict what will happen in the future, ya memang betul..kita tak dapat jangka apa akan terjadi pada masa hadapan...

Dan kita juga tak dapat menjangka apa yang akan terjadi dalam perkahwinan yang akan di bina ataupun yang kita sudah bina pasa masa hadapan...

Dugaan dalam percintaan tak akan sama dengan dugaan dalam perkahwinan..Semuanya bukan hanya berkait rapat dengan kita sahaja, tetapi melibatkan family kedua2 belah pihak juga...

Dan MUNGKIN dugaan yang paling besar dalam sebuah perhubungan perkahwinan adalah apabila di madukan..saya ulang lagi di sini, MUNGKIN ya bagi sesetangah orang dan MUNGKIN tidak bagi orang lain..

Sedangkan dalam percintaan apabila di curangi kita memang rasa semuanya hilang begitu sahaja, inikan pula jika di madu dalam sebuah perkahwinan...masyaallah, besarnya dugaan bagi mereka..mungkin ada segelintirnya merasa manis apabila dimadukan dan kemungkinan LEBIH BANYAK MERASA DERITA..

Sanggupkah diri ini berkongsi kasih suami bersama wanita lain???

Allahuakbar, bukan diri ini menyangkal suruhanmu ya Allah, tetapi diri ini belum cukup kuat untuk menghadapi semua itu..dan jika engkau uji juga aku dengan ujian Mu ini Ya Allah, aku redha, mungkin engkau lebih tahu apa yang terbaik untuk hambamu ini, kerana engkau maha mengetahui...

Dan jika si dia bakal suamiku dan sudah menjadi suamiku pada masa akan datang membuat keputusan untuk BERKAHWIN LAGI pada masa akan datang, diri ini lebih rela di lepaskan SECARA BAIK..dan insyallah bila tiba waktu itu, diri ini sudah cukup mampu dan kuat untuk hidup berdikari tanpa seorang insan bergelar suami di sisi..

Mungkin ada di antara kaum hawa yang merelakan dimadukan dan itu mungkin bukan aku...insyallah

Mungkin ada di antara kaum hawa rela berkongsi kasih dan itu mungkin bukan aku...insyaallah..

Dan apa yang saya percaya, tak ada perempuan yang membayangkan dirinya di madukan apabila dah berkahwin kelak, apa yang setiap wanita inginkan ialah di cintai sepenuh hati, di sayangi dan di kasihi oleh suaminya dan cinta suaminya hanya untuk dia seorang bukan untuk dikongsikan..

Diri ini juga begitu, menginginkan bakal suami kelak mencintai, menyanangi dan mangasihi diri ini sepenuh hati..
Menginginkan mempunyai keluarga bahagia bersama suami tercinta dan tanpa ada kemunculan insan2 lain..dan itu lah yang setiap perempuan inginkan..

Bohonglah jika seorang perempuan tidak ada langsung perasaan cemburu, dan begitu juga diri ini..

Dan jika Allah tetap mahu menguji ku dengan dugaan ini, aku berdoa apabila sampai waktu itu, aku akan cukup kuat untuk menghadapinya...

Ya Allah, jangan engkau uji hambamu ini lebih dari kemampuannya Ya Allah dan jauhkanlah hambamu ini dari segala dugaan yang diluar batasannya Ya Allah... Dan semoga aku cukup kuat untuk menghadapi ujian mu...AMIN

Dan apa yang diri ini percaya ialah

IF YOU FALL IN LOVE FOR THE SECOND TIME WITH THE DIFFERENT PERSON, YOU BETTER CHOOSE THE SECOND ONE, BECAUSE IF YOU REALLY LOVE THE FIRST ONE, YOU WOULD NEVER FALL IN LOVE AGAIN

Dan yang pasti diri ini akan mencuba untuk hidup berdikari sendiri apabila suami membuat keputusan untuk memadu kasih...insyaallah..

6 comments:

  1. same je pemikiran kita..
    saye pon rasa saye kuat dan boleh hidup tanpa suami kalau dia buat hal...

    tapi selagi kita tak hadapi PERKARA itu..
    kita takkan dapat tahu ape yang mampu kita lakukan pada masa tersebut..

    sekarang mungkin kita kuat untuk mintak dilepaskan..

    mane tahu bila fikir ANAK-ANAK..
    kita akan memilih untuk setia dengan suami..

    :)

    #mohon simpang!...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Icka rasa hampir seluruh perempuan memikirkan perkara yg sama..but as we know, we cant predict future..now we said like this, but future?maybe we should accept it as our takdir..and insyallah, i try my best to face it, and insyallah I would be an independent women for that time being..as single mother maybe..semoga Allah menjauhkan perkara begini dari perkahwinan kita...AMIN...

      Delete
  2. icka nape nih sedih2...hehe..quote tu mang betul la kan..ana berpikir panjang bile bace quote tu..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhuhu..entahlah Ana, rasa nak buat entry tentg nih pulak selepas tgk drama kat tv3..hahahah...true right?qoute yg icka buat sendiri tu..heeee...memng betul kan, kalau kita betul2 cinta yg pertma, kenpa pula kita boleh jatuh cinta buat kali ke dua?harap perkara macam ini di jaohkan dari perkahwinan kita..AMIN..

      Delete
    2. amin..tu la..for ana...there no reason to fall in love due kali dlm satu mase..no..no..no..if dah rase syg dgn sumone else selain partner kiter..please accept yg kite dah tak chenta die lagi..percayelah..camtu jugak dkt org lain ..hehe

      Delete
  3. salam,akusdg mnghdpi ujian dlm prkhwinan...br berusia 29 thn,tp sdh ingin dimadukan suami,hancurnya hati tuhan sje yg tau..malu pd org sekeliling,apa yg x ckup pd diri ini,sntiasa trtanya2....smua aku jga,body,kulit,muka aku x prnh abaikan diri aku utk jga demi suami...kje rmh smua aku buat sndiri,x prnah lgsung aku nk mntk tlg dgn suami.....x prnh trfikir sm skli sblm ni suami akn curang pd aku smpai thp ini,mungkin silap aku terlalu percaya dan terlalu memberi kebebasan tanpa batasan.....itu silap aku sehingga aku tak sedar sebenarnya aku memberi peluang kepadanya utk bermain cinta dgn perempuan lain....Ujian Allah...stiap prkahwinan pasti akan diuji...Aku pasrah....hatiku terlalu byk disakiti dia dan perempuan itu,2 tahun aku ditipu hidup2...bila aku dh tau hal ini,semakin terang2 mereka menyakiti hati aku tnpa belas kasihan..kerana anak2 yg masih kecil aku telan semua kepahitan yang ada,aku pujuk hati sendiri yg terluka.tika dan saat ini,aku merasakn yg aku sudah ilang teman hidup,Hanya pada Allah tmpt mngadu...hidup yg dilalui kini bagaikan daun kering yg tunggu masa utk gugur...hilang segala semangat yg ada.walaubagaimana pun aku masih melayani suami aku dgn baik wlaupun hati aku sgt sakit....Harap tuhan ilangkan perasaan dendam dlm diam ku ini,kerana perasaan ini semakin hari semakin kuat menghampiri....kpd wanita bujang diluar sana,jgn lah mudah tergoda dgn pujukan dan rayuan lelaki terutama suami org,mereka mulut mmg manis,kasihani la ank dan isteri mereka,disebabkn kehadiran perosak rmhtga ini,isteri kehilangan kasih suami,ank kehilangan kasih bapa...bayangkanla jika anda ditempat isteri itu....Sehingga kini aku masih bertahan dan tak tau sampai bila aku akan terus bertahan...

    ReplyDelete