OuR BIG dAY

Daisypath Wedding tickers

Sunday, January 6, 2013

Majlis Resepsi ~01.12.12~

Majlis pada 01.12.12 merupakan majlis bagi sebelah pihak kami, pihak perempuan lah yee..heheh..Majlis pada hari ini diadakan di DEWAN HIKMAH, KUCHING SARAWAK..

Alhamdullillah...semuanya berjalan lancar pada majlis tersebut..dan ramai sanak saudara dan sahabat handai yang sudi hadir...terima kasih everybodyy..heheeh..

Icka bertolak ke bridal untuk di make up kan dalam pukul 8 am camtu, and selesai dalam pukul 10.45 am..so sampai kat dewan akhir sedikit dari jangkaan..sepatutnya dalam perancangan sampai dewan dalam pukul 11, tapi Icka sampai dalam pukul 11.15 camtu..sampai2 je kat dewan tengok dh penuh dah dewan..

waktu nak masuk ke dalam dewan, memang mengeletar gilerrrr lahh...dup dap dup dap je jantung..hahaha..En.Hubby (dah boleh panggil en hubby, yeay) waktu tu buat2 rilex, sedangkan dia nervours..hahah..control macho konon..

Ni waktu tengah make up, menangis kot sebab mata Icka memang sensitif sikit, tak biasa make up kan..huhu


Suamiku dengan muka excitednya..mcm muka budak2 lah pulak..heheeh..


Ini lah kami di atas takhta hanya untuk sehari..hehehe..



Dan setelah sampai di dewan, upacara merenjis atau tepung tawar (dikenali di sarawak) pun di jalankan oleh ibu bapa kedua belah pihak..



Dan yang ini pulak juga merupakan adat Sarawak, iaitu pemberian Lapit Kaki ataupun pemberian dari ibu pengantin lelaki untuk pengantin perempuan, biasanya emas yang akan diberikan, tak kisahlah gelang ke,rantai ke..Icka dapat gelang tangan..memang pon nak gelang tangan, siap pilih sendiri kot..hahah..

Selepas  tu, bagi mewakili ibu dan bapa Icka, adik-adik Icka telah membuat ucapan..terharu, nak nangis pulak dengar ucapan dari mereka bertiga..sayang mereka, walaupun selalu gaduh2, tapi tetap sayang mereka ketat2..huhu...

Ini lah mereka, adik-adik ku..huuu


Dan dan dan...jeng jeng jeng, yang ini paling excited nak cerita kerana adat ini cuma ada di Sarawak je... iaitu MAKAN NASI TEMUAN..heeee

Inilah nasi temuan, nanti Icka buat entry tentang apa itu adat Makan Nasi Temuan ye..hee


Setelah selesai adat Nasi Temuan, tibalah pula acara memotong kek perkahwinan, simple je kek Icka..


Inilah rupanya pemotong kek yang cantik lagi hensem pada hari itu..heeehee


Dan selepas itu barulah pengantin berangkat ke meja beradap untuk mengalas perut (ceh, skemanya ayat)..hahah


suka tema Pink and Ivory colour.. me Like it..hee


Dan yang paling di tunggu2 iaitu camwhoringgg...heee...silalah jamu mata anda ye tengok gambar Icka, jgn malu2..heheh

 Bersama Mak dan Abah Icka

 Family sebelah Icka

 Bersama Mak dan Bapak Hubby

 Family Sebelah dia

 Big Family Haji Waslie...Adik beradik, cousins, nieces, nephews sebelah abah Icka...

 Adik beradik Mak and Bapak Family Hubby

 Sahabat Handai kami dari sekolah sehinggalah ke Universiti and Maktab...tq for coming..hehe

Friends from school.. 12 Tahun sudah berkawan, Alhamdullillah..heheh

Suasana di dalam dewan


Dan terima kasih tidak terhingga daripada kami berdua kerana sudi datang ke majlis kami..dan Terima Kasih juga atas sumbangan ikhlas dari kalian semua dari segi masa mahupun wang ringgit bagi menjayakan majlis ini..terharu...dan Alhamdullillah, semuanya berjalan lancar pada hari tersebut...banyak lagi nak diceritakan, entry seterusnya k..heheee

No comments:

Post a Comment